Thursday, December 2, 2010

Khasiat Kelapa Muda

1. Mengubati demam campak, demam kuning dan demam panas. Bagaimanapun, untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.

2. Mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering. Tanda-tanda seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan. Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan meminum segelas air kelapa muda. Untuk keracunan cendawan, air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli.

3. Air kelapa baik untuk wanita yang hamil. Bagi Ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya. Mengubat luka, tapak kaki pecah-pecah. (rendam segengam beras dalam air kelapa muda bersama dengan tempurungnya sehingga beras menjadi masam, kemudian beras digiling menjadi serbuk halus dan sapukan pada bahagian tubuh yang sakit).

4. Menghitamkan rambut yang perang. Rambut disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus dengan tuala. Biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

5. Penggunaan air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut kesan jerawat dan wajah menjadi lebih berseri. Muka dicuci dengan air kelapa kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.

6. Minuman air kelapa muda dan memakan isinya dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun dalam darah. Namun perlu diketahui terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas. Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan.

7. Mengubati luka bakar (air kelapa muda+sedikit serbuk kunyit+air kapur sirih) dan sapukan pada bahagian yang terkena luka bakar.

8. Mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

9. Air kelapa yang ditambah madu, sangat baik untuk diminum ketika hendak tidur dan berkesan untuk mereka yang menghidap batuk kering.

10. Menghapuskan cacing dalam usus.

11. Melancarkan pengeluaran urea (air kencing).

12. Mengubati penyakit gastrik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...