Kelapa atau nama saintifiknya “Cocos nucifera.” Kelapa juga dikenali dengan nama “Wonder Food.” Hal ini kerana buah kelapa mengandungi banyak kandungan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
Kandungan mineral yang terkandung dalam kelapa juga mempunyai protein berkualiti tinggi iaitu baik untuk pertumbuhan dan perbaikan sel-sel dalam tubuh. Airnya dikenali sebagai air mineral dan merupakan minuman penyegar. Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa pula mudah diserap oleh tubuh. Air kelapa juga merupakan tonik yang terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh kita.
Air yang terdapat dalam buah kelapa sudah cukup untuk memenuhi keperluan tubuh badan manusia iaitu vitamin C dalam sehari. Seperti yang kita ketahui, walaupun kandungan nutrien yang terkandung dalam air kelapa paling tinggi namun ia bersifat isotonik. Air kelapa mudah memiliki komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna sama dengan cairan dalam tubuh manusia.
Thursday, December 2, 2010
“Cocos Nucifera”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment